Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan
KD PERAK
1 Apr 2011
Perbarisan Pegawai Memerintah Telah Selesai Dilaksanakan, Bertujuan Untuk Memeriksa Status Pakaian Istiadat Warga Kapal KD PERAK Disamping Menyampaikan Sijil Penghargaan Untuk Bintara/Laskar Terbaik Dan Anggota Yang Akan Bertukar Keluar Serta Ucapan Bulanan Pegawai Memerintah.
Alhamdulillah, Majlis Berlangsung Dengan Jayanya. Tahniah Dan Syabas Kepada Semua Warga KD PERAK Yang Telah Menjayakanya.
Pegawai Perbarisan: Lt Mohd Rizeuan Bin Abd Halim
Pegawai Waren Perbarisan: PW II TME (S) Mohd Addmizan Bin Adnan
Kuantan Plaza 14 March 2011- Satu Pertandingan Bowling Telah Berlansung, Kali Ini Melibatkan Warga Kapal KD PERAK Beserta Keluarga Masing-Masing. Kategori Yang Dipertandingkan Adalah Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita Dan Kategori Anak Bawah 18 Tahun.
Juara Bertahan Untuk Kategori Perseorangan Lelaki, Lt Che Mohd SukriI Bin Che Omar TLDM Gagal Untuk Mempertahankan Kejuaraan Apabila Tewas Kepada BK TMK Sulaiman.
Untuk Kategori Perseorangan Wanita, Juara Adalah Lt Suhana Bt Kasim Bakri, Naib Juara Adalah Isteri Kepada Pegawai Memerintah KD PERAK Dan Tempat Ketiga Adalah Isteri Kepada Pegawai Jurutera Letrik Dan Senjata.
Untuk Kategori Anak Bawah 18 Tahun, Anak Kepada BK BDI Hamidi Telah Menjadi Juara. Tahniah Diucapkan Kepada Pemenang. Berjumpa Lagi Di Pertandingan Akan Datang.
Aktiviti Riadah Bersama Keluarga Seperti Ini Dapat Mengeratkan Hubungan Silatulrahim Di Antara Keluarga Dan Juga Warga KD PERAK.
Selepas Pertandingan Bowling Selesai, Warga Dan Ahli Keluarga Diraikan Dengan Makan Malam Di The Taste Cafe. Juadah Steam Boat Yang Disediakan Begitu Menyelerakan. Aktiviti Makan Malam Diselitkan Dengan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran.
Tahniah Dan Syabas Di Atas Kejayaan Berlansungnya Majlis Ini.
Last Updated (Friday, 01 April 2011 22:10)
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan 23 Feb 2011 - Pangkalan TLDM, Tanjung Gelang Kuantan. Markas Wilayah Laut I, Satu perlawanan persahabatantelah berlansung diantara KD PERAK dan PROTELA Kuantan. Berkeputusan 2-2. Pelbagai aksi menarik yang dipamerkan sepanjang perlawanan. Tiadainsiden yang tidak dingini berlaku. Aktiviti riadah seperi ini disamping dapat menyihatkan badan ianya juga merapatkan hubungan silaturahim diantara Unit-Unit di Mawilla I. Syabas kepada kedua-dua pasukan yang menunjukan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilaksanakandimasa akan datang dan ianya berterusan. Bertemu dilain perlawanan!! Sedia Bekorban |


